Nuffnang Ads

Tuesday, November 27, 2012

BBQ at Home


Last weekend, kami sekeluarga berBBQ di rumah jer. Malas nak pergi mana-mana sebab musim hujan. Terasa nak makan panggang so kat rumah pun cukup la. Bab-bab perapan ni, I serah tugas tersebut kepada Mr Hubby. Almaklumlah dia lagi pakar bab tu. 

Kalau perasan, tempat bakar tu instant bbq set. Dah siap arang dalam bekas tu. Kat cover depan tertera easy light, tapi takde la easy sangat. Sejam juga la nak nyalakan arang tu. (Atas tu contoh instant grill ye..)


Ni la hasil grill kami. Ayam, daging, dan kentang bersama dengan garden salad. Bon appetit!

Potato Wedges

Assalamualaikum frenz.. 


Semalam selepas balik dari office tak berpeluang tuk membeli or cari anything to eat for dinner sebab hujan lebat. So since ada kentang lagi, serbuk chezzy pun ada lagi so buat sendiri la potato wedges cicah bersama chezzy sos and mayonnaise. 

Just a simple resepi, within half an hour dah boleh makan.

Potato Wedges
By: shahrose

Bahan-bahan:
6 biji ubi kentang - potong wedges
1 ¼ cawan tepong serbaguna
½ sudu kecil paprika
½ sudu kecil black pepper powder
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:
1. Basuh kentang dahulu, potong bentuk wedges (lonjong) then rebus separuh masak.
2. Toskan kentang.
3. Bancuh tepung bersama serbuk paprika, black pepper powder, garam dan air.
4. Make sure bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.
5. Gaulkan kentang dengan bancuhan tepung.
6. Goreng sehingga warna keemasan.
7. Boleh dihidang bersama jalapeno sauce dan mayonnaise.


Selamat mencuba.

Friday, November 23, 2012

MOVEMBER

Tergelak juga baca salah satu entry dari Blog Serius. It's about man growing mustaches on November. Hmm.. no wonder la Mr. Hubby nak bela misai last week. Dah datang bulan rupanya. Kena la kasi green light nampak gayanya.

Mengikut Mr Wiki, Movember adalah gabungan words dari moustache and November. Sebuah acara tahunan yang dilakukan sepanjang bulan November untuk bela misai to raise awareness of prostate cancer and other male cancer and associated charities.

So jangan ingat wanita sahaja ada bulan untuk menyedarkan breast cancer, man pun ada rupanya.  So sama-samalah kita aware about our health condition.

Movember 2012 infographic


Courtesy of: HomeAway.co.uk

Thursday, November 22, 2012

Durian Crepe


Malaysia telah dilanda demam durian crepe. Sana sini semua bercerita tentang sedapnya durian crepe. Pernah juga aju soalan pada Mr. Hubby, sedap sangat ke sampai semua orang bercerita ni. 

Since, ada officemate yang jiran dia jual durian crepe, so I give it a shot to give this food a try. The food is not bad, just another way to eat durian selain daripada makan bersama dengan pulut.

Tadi saja2 browse cari resepi durian crepe. so why not just share with you alls. Enjoys.


DURIAN CREPE
by : fb (Zalina Eena)
sumber : fb (Anie Japri)

Bahan2 untuk crepe:
50gm tpg superfine/gandum
1 sdb tpg ubi kayu 
2sdb gula kastor
3 sdb butter di cairkan
1 biji telur
160ml air
40ml susu cair
1/2 sdt esen vanila..
sedikit pewarna.. 


Cara2 :
satukan semua bhn2 td & wisk je sampai sebati.. kemudian tapis adunan td
sendukkan sesenduk tuang dlm kuali leper @ non stik, wat mcm buat ketayap tu ye.. tp jgn terblkkan & guna api slow aje
dah masak biar sejuk..



Bahan filling: 
fresh krim yg pukul soft peak
isi durian 

Cara gulung: 
Ambil sekeping crepe tadi bahagian licin di bwh ye.. letak fc ratakan skit letak isi durian kat tgh n lipat gulung mcm lipat ketayap aka kuih gulung tu.. 
Simpan dlm fridge jap blh la ngap.. enak dimkn ketika sejuk...




(Picture and resepi: credit to blogger from google)