Nuffnang Ads

Wednesday, May 28, 2014

27 Rejab: Israk dan Mikraj


Kronologi Israk dan Mikraj (Ambil sedikit masa untuk baca dan kongsikan)

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; 
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan); Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. 

Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. 

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. 
kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..


Wednesday, April 16, 2014

Spring at Malaysia

Sejak kebelakangan ini, Malaysia telah melalui banyak dugaan dan cabaran. Bermula dengan musim hujan, musim sejuk, kemarau, jerebu dan misteri kehilangan MH370, kini bagaikan memberi sedikit sinar, Malaysia sedang bermusim bunga di beberapa bandar utama. 

Kalau pokok Sakura terkenal di Jepun, kini pokok yang paling glamor di Malaysia ialah pokok Tecoma. Nama saintifik ialah Tabebuia Rosea. Ada warna pink, putih dan kuning. Pokok ini hanya berbunga selama 2 minggu (kalau tak silap), maka pihak yang berkuasa sedang membuat kajian supaya tempoh pokok ini berbunga dengan lebih lama. 

So, just enjoy the breath taking pictures taken from the internet. Semoga tahun depan pokok ini dapat bloom dalam jumlah yang banyak lagi. Thank you Allah, for these beautiful sceneries. 

Gambar ini dikatakan di ambil di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.




Sungai Limau, Kedah



Rasanya ini dari UTHM, Batu Pahat, Johor.






Sekitar bandar Alor Setar, Kedah.






















Monday, April 7, 2014

7000 Km Journey: Bahagian 4

Madina mempunyai kedudukan yang tak terhingga. Dalam Aisyah r.a bahawanya Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Ya Allah, berilah kami kecintaan kepada Madina seperti kami mencintai Mekah atau lebih lagi." (Bukhari 1889 dan Muslim 1376)

Bukti Allah mengabulkan doa Rasulullah SAW ialah bagaimana kita lihat sehingga kini, kota Madina dicintai oleh setiap hati orang Muslim. Tanyalah pada sesiapa yang sudah sampai, pasti jawapannya adalah Madina. Begitu juga dengan diriku, Madina sangat menenangkan. Setiap kali melihat gambar, pasti rindu datang dengan air mata. Ya Allah, semoga Umrah kali ini bukanlah yang terakhir. Semoga kami diberi kesempatan lagi untuk melangkah ke tanah suci Mu.

21 Februari 2014
Hari terakhir di kota Madina, sangat terasa sayu. Ketika membaca doa untuk Rasulullah ketika Ziarah Wida', sangat-sangat tersentuh kerana aku sendiri pun tak tahu bila lagi dapat menziarahi Rasulullah. Perasaan berat dan sayang untuk tinggalkan kota ini, namun apakan daya urusan umrah dilaksanakan di kota Mekah.

Subuh disini memang meriah. Ada yang sudah berada di masjid seawal 3 pagi untuk solat di dalam masjid.


Disinilah Rasulullah SAW disemadikan, dibawah kubah hijau.

Since kaum hawa ada masa tertentu untuk masuk ke Raudah, maka disini la tempat yang paling dekat untuk kami membaca doa untuk Baginda.





Semoga dapat melangkah kaki kesini lagi.

Selepas solat Jumaat, kami dengan berpakaian ihram, akan bertolak ke kota Mekah. Maka, bermulalah tujuan asal kami ke sini, untuk melaksanakan ibadah umrah.


Pada jam 3 petang, kami bertolak ke Mekah. 


Ketika ini azan Asar sedang berkumandang. Kelihatan pekerja dan customer solat berjemaah. Pandangan yang hanya disini sahaja yang dapat kunikmati. Even Malaysia sendiri pun hanya beberapa premise sahaja mampu untuk buat, itu pun berhenti seketika untuk menghormati azan. Itu pun dah cukup baik dari yang tidak buat langsung.
  
Sebelum gerak terus ke Mekah, kami berhenti di Miqat Bir Ali. Kalau dari Madina, disini kita kena mula niat umrah sebab selepas ini kita akan masuk ke tanah haram. 

Tempat wuduk yang selesa dan bersih. Seharusnya kebersihan diutamakan disini sebab kain ihram kita perlulah dalam keadaan bersih ketika melaksanakan umrah. 

Selapas niat umrah dibaca, maka 13 perkara pantang harusla dituruti.

Perjalanan memakan masa sehingga 9 jam, bergantung kepada speed bas.

Makin jauh meninggal bumi Madina. Semoga ketemu lagi.

Berhenti seketika untuk makan dan solat Jamak Maghrib dan Isyak. Macam biasa, toilet sangat tidak selesa disini. Ketika ini, air tak ada, so sedikit susah untuk wudhu dan ke tandas. 


Sangat kelakar restaurant ni, kosong ajer. 

Pak arab yang insist tuk ambil gambar dia.


Kami pun, macam biasa, kebab jer la makanan harian.






7000 Km Journey: Bahagian 3

20 Februari 2014
Hari ketiga, kami ada ziarah luar. Antara tempat yang kami ziarah ialah Masjid Quba, Bukit Uhud, kilang Kurma dan kilang mencetak Al-Quran.

Masjid Quba merupakan masjid yang tertua di dunia. Batu pertamanya telah diletak oleh Nabi Muhammad SAW selepas penghijrahan beliau dari kota Mekah ke kota Madina. Baginda SAW telah menghabiskan masa beliau selama lebih dari 20 malam untuk berdoa Qasr sambil menunggu Ali yang rumahnya di belakang masjid ini. 

Dengan berjalan kaki atau menunggang kuda, Rasulullah SAW telah pergi ke Masjid Quba untuk melaksanakan solat dua rakaat setiap Sabtu. Beliau menasihati orang lain untuk berbuat serupa dan berkata, "Sesiapa yang mengambil wudhu di rumah dan kemudian pergi dan berdoa di Masjid Quba, beliau akan memperoleh ganjaran pahala 1 Umrah."

Teramat sesak dengan para jemaah yang mahu masuk dan keluar dari masjid. Dinasihatkan untuk banyak-banyak besabar di sini kerana ramai jemaah yang tidak mahu sabar dan akan ada sesi tolak menolak semata-mata untuk kesenangan diri. 

 Pandangan dalam Masjid Quba





Perjalanan seterusnya. 



 Destinasi kedua ialah Bukit Uhud. Sejarah yang berlaku di Bukit Uhud adalah Pertempuran Uhud dimana pertempuran ini adalah perpecahan antara dua kaum iaitu kaum muslimin dan kaum kafir Quraisy. Pertempuran ini terdiri daripada 700 tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah sendiri, manakala tentera kafir terdiri dari 3000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan.

Di belakang, kelihatan ramai yang naik ke Bukit Uhud. Terdapat juga peniaga yang menjual aneka herba dan kurma.


Seterusnya, kami ke kilang kurma. Ye, pokok kurma sama rupa dengan pokok kelapa sawit. 

Ada macam-macam jenis kurma boleh didapati disini. Tetapi ramai kata mahal, so baik beli kat kedai biasa jer.


Ziarah yang terakhir ialah ke kilang mencetak Al-Quran. Hanya kaum lelaki yang berwuduk sahaja yang boleh masuk ke kilang ini. Kaum Hawa, sila shopping diluar. Barangan dagangan juga sama seperti di Bukit Uhud. Ada buah zuriat, genggam fatimah, herba untuk buat air selusuh, habbatussauda, lemak unta dan macam-macam lagi.



Kaum Adam sedang beratur untuk masuk ke dalam kilang. Masing-masing diberi senaskah Al-Quran sebagai cenderahati.


Macam biasa selepas solat Isyak, SAAK akan mencuba nasib untuk solat di Raudah. Alhamdulillah, berkat doa yang tidak putus-putus, Allah memudahkan urusnya.


Perasaan yang gembira dikongsi bersama kami sekeluarga. Walaupun aku hanya dapat masuk sedikit dan sekejap sahaja, tapi tetap seronok. Dikatakan untuk kita tahu samada sudah sampai Raudah ke belum adalah dengan melihat warna karpet. Karpet hijau menandakan anda sudah sampai Taman Syurga.