Kami gerak ke Johor sehari sebelum Wesak. Saja jer cuti awal, konon-konon tak nak sesak jalan, tapi sama jer, ramai juga yang sudah cuti awal. Kami tiba di bandar Skudai jam 1.50 petang dan terus check in di Euro Hotel Skudai. I rate this hotel 3 out of 5 stars atas beberapa sebab. Hotelnya ok for budget hotel tapi memandangkan ada anak, so for me not suitable for couple with children. Antara sebab adalah bilik air yang transparent , no kettle tuk masak air panas and susah nak cari parking.
Malam kami pusing-pusing sekitar bandar JB. antara lokasi yang SAAK bawa ialah Danga Bay dan Stulang. Shopping complex yang wajib tahu ialah Plaza Angsana dan Skudai Parade.
Next day, kami ke tempat Hello Kitty Town, located at Puteri Harbour, Nusajaya. Location dia tak jauh dari Legoland. Hello Kitty Town ni ada 3 level, 1st level for Hello Kitty, 2nd and 3rd level ada Barney, Thomas and Friend, Pingu and Angelina Ballerina. Entrance fees RM50 tuk either park. Kalau nak masuk both park RM85. Ok la harga dia berbanding ngan Legoland yang over RM100 per person. Sima sangat teruja dengan cartoon characters yang dia jumpa. Ada yang dia tak tahu seperti Angelina Ballerina, tapi balik dari situ, dia suruh aku download cerita Ballerina dalam tab dia.
At first dia tak excited sebab dia tak tahu watak ni. Tapi bila dia join ballet kelas ngan Angelina, terus teramat excited!
Thomas! One of my fav cartoon.
Puteri Harbour.
I grew up with these characters. My favourite is KeroKeroKeroPpi! Tak tahu apa yang best sangat ngan si Katak Hijau tu :)
Malamnya kami attend Kak Jue a.k.a JUJU majlis nikah. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sempurnalah majlis akad tersebut. Yang paling terharunya, majlis ini diadakan di rumah baru Kak Jue. Lepas kahwin, pasangan ni akan tinggal di sini. Sweetkan!
Selamat Pengantin Baru!
SAAK mesti tengah berangan majlis kahwin kami 6 years ago. Kebetulan wedding anniversary kami ialah 26 May! The next following day.