Nuffnang Ads

Tuesday, September 1, 2020

Resepi: CHOCOLATE CHIPS


     Sudah lama teringin nak buat chocolate chips sebab suka makan. Tetapi sifat Cik M tu sangatlah teserlah. Maka bersempena dengan PKP, maka terjadilah biskut ini. 

Bahan-bahan:

  • 250 gram butter
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil essence vanilla
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 2 cawan coklat cip
Cara-cara membuat:
  • Masukkan butter, brown sugar, essence vanilla dan telur
  • Kacau sebati dengan tangan.. tak perlu guna mixer sebab bukan nak mix bersungguh-sungguh pun..
  • Masukkan tepung gandum, tapung jagung, soda bikarbonat, baking powder dan minyak
  • Kacau lagi sampai sebati. (respi asal suruh sekali masuk semua bahan, tapi pada pandangan saya, masuk bahan sikit-sikit agar senang untuk di kacau)
  • Bila semua dah sebati, masukkan coklat cip dan kacau mereka hingga serasi bersama
  • Adunan yang dah siap, masukkan dulu dalam peti ais selama 30 minit. Sebelum masuk dalam peti ais, tutup skit adunan agar tidak menyerap bau-bau dalam peti ais 
  • Setelah cukup masa, boleh susun adunan atas tray yang sudah di sapu dengan butter
  • Jarakkan susunan kerana adunan akan kembang sedikit
  • Adunan tak perlu ditekan untuk bentuk tertentu. Biarkan ia dicubit kecik-kecik
  • Dah siap susun adunan, boleh la masuk dalam oven yang sudah panas pada suhu 150 degree
  • Bakar adunan lebih kurang 20 minit
  • Adunan akan sedikit lembik ketika keluarkan, biarkan sejuk pada suhu bilik baru alih masuk bekas

Boleh tonton video terlebih dahulu sebelum buat. Harap anda semua suka dengan chocolate chip ini :)