Nuffnang Ads

Thursday, June 20, 2013

Sanrio Characters


During my visit to Hello Kitty Town last month bring back my memories when I was at Taiwan. This is because I grew up with Sanrio's characters. The most influence character to my best friend and I was Keroppi. 


What is Sanrio? Sanrio is a Japanese company specialized in creating cute characters. Beginning in 1962, Sanrio sells and licenses products branded with these characters and have created over 400 characters, with the most successful and best known being Hello Kitty. 


















 


Wednesday, June 19, 2013

Reading Material - Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

Ramai yang telah menonton cerita ini. Aku jer yang kurang layan drama2 melayu sebab banyak jer lagi nak buat. Kawan2 office kata novel dia lagi best dari drama. So sebagai kaki novel (lately!) aku pun pinjamla novel ni dari kengkawan yang setia membeli novel2. Dengan 800 muka surat lebih, makan masa gak la nak membaca sebab aku memang slow bab-bab membaca. Ada orang, dia pandai scanning. Not for me. I read it one by one. It took a while juga untuk aku excited habiskan novel ni. Bayangkan aku dah mula baca novel ni, baru masuk muka surat 100 aku baca novel lain dulu. Dah habis baru sambung semula. Hehehe..

Sinopsis:

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Reading Material - M.A.I.D


Sinopsis:
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


Cerita ni lebih kurang sama dengan cerita korea yang pernah ku tonton tapi wataknya terbalik. Yang kaya adalah perempuan, yang menjadi maid adalah lelaki. Ending pun lebih kurang sama just jalan cerita sahaja yang berbeza. 

Actually ending cerita MAID ni dah boleh agak.. it's just that agak2 in reality ada ker? Well kalau ada memang untung giler la perempuan tu.. from MAID to MEM BESAR!!

Monday, June 17, 2013

Cara untuk mendapatkan semula 'hidden or virus file' daripada external hard disk



Alhamdulillah, aku berjaya recover semula file dalam hard disk yang hidden selama ni. Dalam tools, dah tukar setting show hidden file tapi still tak berjaya. Bila scan virus, semua file masih ada lagi dalam hard disk. So where are they?

Ada dua cara boleh buat. Automatik atau manual. Automatik kena guna software so kita buat manual ajer.

Follow these steps:

1) START --> RUN (Shortcut: Windows button + R)
2) Type CMD and press ENTER

Wait for the Command Prompt window to appear


3) Type attrib -h -r -s /s /d E:\*.* press ENTER

*NOTE – E:\*.* this assumes that your external storage drive is the E drive – if not, you must change the letter E to whatever your external drive letter is E.g. if a flash drive is the F drive you would change the last bit to F:\*.*


Wait until the system loads. Mine, dia keluar access denied, tapi bila buka semula hard disk dah berjaya sebenarnya.

Wait, wait!

There are still unhidden folders especially video or music folder??

Yeah, sometimes steps given (above) cannot be used to find hidden big sized / 'weird' formatted files.

Did you know that you can actually type your folder name in the Explorer bar to get access into the hidden folders?

for example : E:\VIDEO

*Type whatever name you've given to them before they were hidden by the virus.

Files were actually not been deleted. It's just that there were been hidden. Therefore this method is usable. (If it is a 'hidden file' case)


**Oh yeah, before you do all these, it's good if you scan you hard disk first. Sometimes, the antivirus will detect and remove the virus and your files can be seen as usual without using any recovery software.