Nuffnang Ads

Thursday, November 28, 2013

Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)


Baru-baru ini, saya berpeluang untuk mengikuti kursus pertolongan cemas atau First Aid di ofis. Memang saya menantikan kursus seumpama ini kerana bagi saya, setiap orang harus ada ilmu First Aid.

Salah satu topik paling penting dalam pertolongan cemas adalah Cardiopulmonary Resuscitation atau CPR. Masa bila kita nak implement CPR? Bila kita pergi jalan mana-mana, nampak orang terbaring dan TIDAK BERNAFAS baru kita boleh buat CPR. Beza ye antara orang PENGSAN dan TIDAK BERNAFAS.

Setelah dipastikan mangsa tidak bernafas, kita haruslah membuat CPR dengan secepat mungkin. Ini adalah kerana, manusia boleh hidup 4 MINGGU tanpa MAKAN, 4 HARI tanpa AIR, 4 MINIT tanpa OKSIGEN. So that's why kita kena segerakan. Tapi ada langkah-langkah juga kita kena buat.

STEP 1:Pastikan keadaan sekeliling adalah selamat. Contohnya, kalau mangsa berada tepi air, jauhkan mangsa ke tempat kering dan rata.

STEP 2: Tepuk mangsa dibahunya dan panggil mangsa di kedua-dua telinganya.

STEP 3: Sekiranya masih tiada respon dari mangsa, minta pertolongan dari orang lain untuk telefon ambulan di talian 999. Jangan lupa suruh orang tu lapor diri semula pada awak. Nanti kita tak tahu samada orang tu dah call ke belum.

STEP 4: Pastikan di dalam mulut mangsa tiada benda tersekat di kerongkong. Mana la tahu, ada gigi palsu tersekat ke. Then mulakan dengan hembusan yang kuat ke dalam mulut mangsa.Dengan kiraan 1001 dan 1002 tengok naik turun dada mangsa. Hempus sekali lagi. Kemudian buat tekanan/pump sebanyak 30 kali. Ulang semula hembusan dan tekanan sebanyak 5 pusingan. 

STEP 5: Sekiranya masih tiada tindakbalas, ulang lagi sehingga sedar atau sehingga paramedik datang.

Buat CPR ni memang penat, so kalau boleh bergilir la dengan orang lain supaya kita lak tidak semput.











No comments:

Post a Comment