Nuffnang Ads

Wednesday, January 22, 2014

Bersediakah aku?



Menjadi tetamu Allah adalah merupakan inpian setiap insan. Walau bagaimanapun tidak semua berkesempatan intuk menjadi tetamu pilihan. Ada di antara kita yang punyai banyak wang, tetapi tidak punyai masa. Ada yang punyai keinginan tetapi kurang sember kewangan. Malah ada yang ada wang dan masa, tetapi hati tidak terbuka untuk ke sana. Hanya mereka yang telah terima kad jemputan sahaja yang akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Alhamdullilah, dengan izinNya kami sekeluarga bersama ibu mertua akan menjadi tetamu Allah pada bulan hadapan. Seakan-akan tidak percaya aku akan menjejaki kaki di Tanah Suci. Atas cadangan adik ipar, kami memilih Tiram Travel sebagai agen Umrah kami. 

Persiapan untuk memohon VISA telah kami lengkapkan dan telah pun serah kepada pegawai Tiram Travel untuk diuruskan. Antara perkara yang harus dilakukan ialah: 
  • Gambar umrah 4 keping (ikut spesifikasi yang telah ditetapkan). Pastikan wanita pakai tudung gelap dan lelaki tidak bersongkok/kopiah.
  • Suntikan vaksin meningitis. Pastikan dahulu samada klinik tersebut sediakan buku suntikan atau borang sahaja. Yang paling diperakui ialah buku suntikan yang berwarna oren.
  • Pengesahan salinan sijil nikah. Ini perlu kerana aku wanita yang bermahramkan suami. Salinan tersebut perlu disahkan oleh Jabatan Agama.
  • Pengesahan salinan sijil kelahiran. Bagi wanita yang dibawah umur 45 tahun dan lelaki dibawah umur 18 tahun yang bermahramkan bapa (bagi kes aku - anak perempuanku, salinan sijil lahir boleh disahkan dimana-mana Pejabat Pendaftaran. (Mak mertua sudah melebihi umur 45 tahun, maka tidak perlu ada mahram).
  • Passport antarabangsa pula mestilah mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan pada tarikh berlepas dan mempunyai sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong.
Kurang dari sebulan untuk kami berangkat, persiapan fisikal dan mental adalah yang paling penting. Aku banyak membaca blog-blog dan buku panduan sebagai persiapan diri. Dari segi fisikal, SAAK telah paksa untuk kayuh basikal untuk kekuatan diri. Cuma akhir-akhir ini kami agak sibuk ketika hujung minggu. Jadi aku akan cuba pastikan untuk bersenam walaupun sekejap. 

Perasaan takut dan risau haruslah aku buang ke tepi untuk menjadi tetamu Allah. Doakan kami semoga mendapat Umrah yang Mabrurllah, In sha Allah.

No comments:

Post a Comment