Kronologi
Israk dan Mikraj (Ambil sedikit masa untuk baca dan kongsikan)
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah
S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan
Mika'il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang
ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian
dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah
itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah".
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh
Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke
Masjidil-Aqsa):
Sepanjang
perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat
Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia
dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan
bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri
Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit
Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.
Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan); Dalam
perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit
dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat
ajaib.
Antaranya :
§ Kaum
yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai,
hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini
berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah
kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat
yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau
kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan
anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya)
yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu
mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan,
kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan
berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat
kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan
secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api
dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu
kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan
daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang
melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai
isteri / suami.
§ Lelaki
yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah
orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan
amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu
kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi
berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti
biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu
yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum
yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail:
Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah
(mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor
lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya
semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur).
Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang
perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak
memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang
perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah
S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan
umurnya sampai ke tua.
§ Seorang
perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata
Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari
kiamat.
Setibanya
di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid
dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi
makmum.
Rasulullah
S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan
susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat
pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan
menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan
Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke
atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit
Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa
dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan
harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat
huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit
Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
iii. Langit
Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
iv. Langit
Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S.
yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit
Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan
Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat
melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk
syurga tanpa hisab.
vii. Langit
Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu
dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi
oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda,
"Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir
umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam
tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat
lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan
beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah
lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU
AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi
orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam
syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah
dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini
betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.
Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan
dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai
keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak
dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna
dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas
berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah
S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik
penunggunya.
ix.
Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam.
Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki
di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada
masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Tangga
Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat
Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya,
lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.
W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu
dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil
Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau
berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat
melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau
kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia,
syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia
dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau
lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai
kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada
umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.
Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan
tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa
sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu
perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam,
hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji
Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku
fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi
Ibrahim A. S.
kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya
menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi
keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali
merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan
memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah
S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu
menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam
perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya
menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada
satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18
bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber :
Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya
sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab
menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik
peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang
tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh
yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa
mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya
peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar
kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai
kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam
(apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di
zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan
memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa
Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau
kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan
bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi
Wasallam.
Mafhum
Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan
hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang
telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian
dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi
Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment