Nuffnang Ads

Tuesday, July 28, 2020

Kuah Lodeh

First time masak main menu for raya. Well, there's always a first time for everything.. So this time I will share cara memasak kuah lodeh. Enjoy!!

Bahan - bahan:
  • 2 inci lengkuas - dititik
  • 2 batang serai - dititik
  • Santan 1 kotak kecil
  • Kacang panjang - dipotong serong
  • Sengkuang - dipotong panjang
  • Lobak mereh - dipotong panjang
  • Tempe - dipotong panjang
  • Kobis - dihiris
  • Terung panjang - dipotong
  • Fucuk tahu and so hoon - rendam terlebih dahulu
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
Dikisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar udang kering -  rendam dalam air seketika

Cara masak:
  • Panaskan minyak  dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan. Dah naik bau, masukkan lengkuas dan serai yang telah dititik
  • Masukkan lobak, kacang panjang, sengkuang
  • Masukkan air
  • Masak hingga didih
  • Masukkan tempe, terung dan kubis
  • Kacau rata
  • Masukkan fucuk tahu dan so hoon
  • Masukkan sekotak santan
  • Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul
  • Tambahkan air jika kuah terlalu pekat
  • Hidangkan bersama nasi impit dan telur rebus
Anda juga boleh menonton video yang telah saya sediakan. Selamat mencuba :)




No comments:

Post a Comment