Nuffnang Ads

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan Tips Day 01 to 06


                Just would like to share some Ramadhan tips









Credit to Brotherhood Arts

Wednesday, July 25, 2012

Sorry, I’m So Sorry


Sorry for making you mad
Sorry for everything I said
Sorry for lying to you 
Sorry, I’m so sorry

Sorry if I disappointed you
Sorry if I hurt you
Sorry for everything
Sorry, I’m so sorry

Sorry that I liked you
Sorry that you did
Sorry for turning in to a which
Sorry, I’m so sorry

Sorry that I loved you
Sorry that you didn’t
Sorry that we had to fight
Sorry, I’m so sorry

Sorry for still loving you
Sorry you don’t love me
Sorry for ever loving you
Sorry, I’m so sorry 

Tuesday, July 24, 2012

Air Mata Mama


Semalam buat ke-sekian kalinya, air mata ini mengalir melihat anakku menjaga mamanya yang tidak sihat. Actually seharian semalam kepala ni sakit berdenyut dengan kuatnya. Mungkin sebab temankan student projek membuat final projek di workshop yang panastu.

So lagi 5 minit nak berbuka, ku gagah juga bertahan melayan anakku setting plate nak berbuka. Selepas berbuka memang aku tak dapat tahan lagi dan terus bergegas ke dapur sebab nak muntah. Anakku dengan perlahan urut belakangku dan tenangkan mamanya. Kemudian dia ambil air untuk aku minum. Aku kembali ke living room untuk baring. Aku pesan "mama nak baring kejap. kalau perlu apa2 nanti kejut mama".

Sambil temankan aku disebelah dia main legonya. Ku cuba memuji dia bina menara tinggi dan keretapi tinggi. Dia cakap, "mama tidur la", sambil tepuk2 aku. Memang kesian sangat tengok dia. Gugur lagi airmata ini. Hmm, mana suamiku? Kami tidak tinggal sekali sebab faktor tempat kerja yang berlainan negeri. So, kami ni weekend husband and wife. Maka, fahamlah macam mana situasiku menjaga anak. Kadang2 balik kerja kita penat. Anak ajak main bersama. Sometimes, sampai minta permission dulu ngan anak mama nak rehat 5 minit. Itu takpelah, lepas rehat and mandi, badan pun sudah cergas semula, boleh la layan anak. Tapi ni tengah sakit.

Alhamdulillah ku bersyukur kepada Allah kerana telah kurniakan anak yang dapat memahami diriku yang serba kelemahan ini. Pernah juga aku dengar beberapa orang bercerita, Allah akan kurniakan anak perempuan apabila ibunya akan menghadapi kesusahan dikemudian hari. Ini semua ketentuanNya. Allah maha mengetahui segala-galanya.

Sekali lagi air mata ini gugur kerana memikirkan permintaan anakku untuk mempunyai adik. Memang ketara sangat keinginannya memiliki adik sendiri. Tak mampu ku menjawap segala pertanyaannya. Diam sahaja yang ku mampu. Alah telah mengatur segala kehidupanku. Ku pasrah dan akan berusaha apa yang termampu.

Monday, July 23, 2012

Doa Isteri Solehah



Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaan-Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmat-Mu
Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujian-Mu
Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin

1 Ramadhan 1433

Jumaat lepas Mr. Hubby request dengan mak mertua nak berbuka makan laksa johor hari ini. MIL pun faham, anaknya memang dah lama tak makan laksa johor, nak pulak memang itu favourite Mr Hubby. 

So pagi sabtu kami gerak ke Tesco Bukit Beruntung (itu jer hyper market yang terdekat). On our way, MIL dapat panggilan dari Alang. Tok Ngah dah meninggal dunia kul 11 pagi. So kami pun patah balik ke rumah n pack apa yang patut in case nak mandi kat kampung nanti. 

Petang selepas menziarah, kami ke pasar pasir penambang untuk membeli ikan, sotong n udang. Ramai juga yang suka dtg beli seafood kat sini sbb banyak sgt pilihan dan fresh. Sudah habis shopping, kami ke Tesco Kuala Selangor then membeli juadah berbuaka puasa di situ sebab tak sempat nak masak laksa. Bazar Ramadhan disitu kecil jer.. so memang takde choice untuk membeli. :(











Thursday, July 19, 2012

Doa Akhir Syaaban dan Doa Awal Ramadhan




 
Umat Islam bakal meninggalkan bulan Syaaban dan akan menjelang Bulan Ramadhan al-Mubarak pula. Maka eloklah membaca ‘Doa Meninggalkan Hari Terakhir Bulan Syaaban dan Doa Menyambut Bulan Ramadhan’ berikut bagi memantapkan keimanan kita;
 
“Ya Allah! Sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan dari petunjuk dan pembeza. Bulan Ramadhan telah datang, maka selamatkan kami di dalamnya, salurkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit ini.
 
Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang dari semua yang tidak Dikau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan kejelekan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku karena perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.
 
Tuhanku! Dikau sedarkan daku, tapi daku belum juga sedar. Dikau halau daku dari larangan-Mu, tapi daku belum juga terhalau, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku.
 
Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku saat amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan ampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.
 
Ya Allah! Daku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan perlu pada rahmat-Mu. Sementara Dikau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkahan kepada semua hamba-Mu, Dikau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Dikau menghitung semua amal mereka, Dikau yang membagikan rezeki mereka. Dikau ciptakan mereka berbeza-beza dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua perlu pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan daku tergolong pada hamba-Mu yang soleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.
 
Ya Allah! Hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.
 
Ya Allah! Semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riya’ atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Dikau ridhai.
 
Kerana itu, daku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, mematuhi perintah-Mu, redha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, kedamaian dan taubat yang sebenarnya; daku memohon semua itu kepada-Mu Ya Rabbal ‘alamin.
 
Tuhanku! Dikau dicurangi kerana santun-Mu, Dikau ditaati kerana kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Dikau tidak pernah dicurangi olehku dan oleh seluruh penghuni bumi. Maka jadilah Dikau bagi kami Yang Maha Dermawan dengan segala karunia-Mu, Yang Maha Perihatin dengan segala kebaikan-Mu. Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!

Semoga selawat sentiasa tercurahkan kepada Muhammad SAW dan keluarganya, selawat yang abadi yang tak terhitung jumlahnya dan tak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!”
.
(Petikan dari kitab Mafatihul Jinan, bab 2, pasal 2)
 
 
Doa Menyambut Ramadhan
 
Salah satu cara terbaik untuk menyambut masuknya bulan suci Ramadhan al-Mubarak adalah dengan berdoa. Satu lagi riwayat para sahabat, Rasulullah SAW telah membaca Doa Menyambut Ramadhan berikut :
.
“Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan. Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan, Dikau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya dan telah menjadikannya sebagai penjelasan atas petunjuk dan perbezaan antara yang hak dan yang batil. Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya dan bantulah kami dalam melaksanakan puasa dan menunaikan solat di dalamnya. Terimalah amal-amal kami di bulan ini.
 
Ya Allah, segala puji bagiMu yang telah membimbing kami untuk memujiMu supaya kami mengerti bersyukur atas segala kebaikanMu dan supaya Dikau membalas kami dengan balasan yang Dikau berikan pada mereka yang berbuat kebajikan.
 
Segala puji bagi Allah yang menganugerahi kami dengan agamaNya, mengistimewakan kami dengan millahNya dan menunjukkan kami jalan-jalan kebaikanNya, dengan pujian yang Dia terima dari kita dan membuatNya redha kepada kita.
 
Segala puji bagi Allah yang menjadikan di antara jalan-jalan (kebaikanNya) adalah bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan Islam, bulan kesucian, bulan pembersihan, bulan menegakkan solat malam, bulan yang di dalamnya Al Qur’an diturunkan sebagai penyuluh dan penjelasan petunjuk dan pembeza bagi manusia. (QS Al Baqarah: 185).
 
Dia menjelaskan keutamaan bulan ini melebihi semua bulan dengan menjadikannya berlimpah dengan kesucian dan bertabur dengan fadhilah. Dia mengharamkan di bulan ini yang dihalalkan di bulan lain sebagai pengagungan untuknya. Dia larang di bulan ini makan dan minum sebagai penghormatan untuknya. Dia jadikan di bulan ini waktu-waktu tertentu (saat sahur dan buka) yang tidak boleh didahulukan dan tidak boleh diakhirkan.
Lalu, Dia muliakan satu malam di antara malam-malam bulan ini melebihi malam-malam seribu bulan. Dia namakan malam itu dengan malam Lailatul Qadar. Pada malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan, menebar kedamaian (bagi mereka) (QS al-Qadr:4-5) terus-menerus dan menaburkan keberkahan sampai terbit fajar kepada siapa saja dikehendaki dari para hamba Allah sesuai dengan ketentuan dan ketetapanNya.
 
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya dan ilhamkan kepada kami untuk mengenal kebesarannya (Ramadhan), mengagungkan kesuciannya, menjaga apa yang dilarangnya. Bantulah kami untuk menjalankan puasanya dengan menahan anggota badan dari dehaka kepadaMu dan menggunakannya untuk segala apa yang Dikau redhai.
 
Telinga-telinga kami tidak sampai mengarah pada sia-sia, mata-mata kami tidak terpusat pada kealpaan, tangan-tangan kami tidak kami hulurkan pada larangan, kaki-kaki kami tidak kami langkahkan pada keburukan, perut-perut kami tidak kami isi kecuali dengan yang Dikau halalkan, lidah-lidah kami tidak berbicara kecuali yang Dikau contohkan. Kami tidak melakukan kecuali yang mendekatkan pahalaMu dan kami tidak mengerjakan kecuali yang dapat menghindarkan kami dari siksaMu.
 
Maka bersihkanlah semua (amal-amal) itu dari sifat riak dan dari membangga diri. Di bulan ini kami tak akan menyekutukanMu dengan siapapun dan tidak akan mencari kerinduan selain kepadaMu.
 
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Bantulah kami di bulan Ramadhan untuk menjaga waktu-waktu solat yang lima dengan hukum-hukumnya yang telah Dikau tentukan, fardhu-fardhunya yang Dikau fardhukan, tugas-tugasnya yang Dikau tugaskan, dan waktunya yang Dikau tetapkan.
 
Di dalam solat kami naikkan kami ke tingkatan orang yang memelihara tahap-tahapnya, menjaga rukun-rukunnya, melakukannya pada waktu yang sesuai dengan apa yang disunahkan hambaMu, RasulMu SAW, dalam ruku’nya, sujudnya, dan semua geraknya, dengan kesucian yang paling tinggi dan paling sempurna, dengan kekhusyuakn yang paling nyata.
 
Dalam bulan ini, bantulah kami untuk menyambungkan persaudaraan dengan kebajikan dan kekeluargaan, memperhatikan jiran kami dengan bantuan dan pemberian, membebaskan harta kami dari tuntutan, membersihkannya dengan mengeluarkan zakat, mendekatkan lagi orang yang menjauhi kami, memperlakukan dengan adil orang yang menyakiti kami, berdamai dengan orang yang memusuhi kami, kecuali dalam permusuhan yang semata-mata keranaMu dan untukMu, kerana dialah musuh yang tidak kami senangi dan golongan yang tidak kami sukai.
 
Dalam bulan ini, bantulah kami untuk mendekatkatiMu dengan amal-amal suci yang membersihkan dosa-dosa kami dan menjaga kami dari mengulangi kecelaan, sehingga para malaikatMu tidak lebih banyak memasuki pintu-pintu ketaatan dan macam-macam peribadatan daripada yang kami persembahkan untukMu.
 
Ya Allah, daku bermohon kepadaMu demi hak bulan ini, demi hak siapa saja yang menyembahMu, sejak permulaannya sampai waktu kematiannya, para malaikat yang Dikau dekatkan, para nabi yang Dikau kirim, para hamba soleh yang Dikau istimewakan, sampaikanlah selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Di bulan ini, jadikanlah kami orang yang layak menerima anugerah yang Dikau janjikan kepada para kekasihMu, yang Dikau pastikan kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh beribadah kepadaMu. Tempatkan kami dalam kelompok orang yang berhak mendapat tempat paling mulia dengan rakhmatMu.
 
Ya Allah, sampaikanlah selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya, jauhkanlah kami dari ketergelinciran dalam bertauhid kepadMu, kekurangan dalam memujiMu, keraguan terhadap agamaMu, keburukan dari jalanMu, kelalaian akan kesucianMu, ketertipuan oleh musuhMu, setan yang terkutuk!
 
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Jika pada malam-malam bulan ini ada hamba yang tengkuknya dibebaskan dengan ampunanMu atau dianugerahi maafMu, tempatkan kami pada kelompok dan orang yang terbaik di bulan ini.
 
Ya Allah, hilangkan dosa-dosa kami bersamaan dengan hilangnya bulan sabit Ramadhan, lepaskan beban-beban kami bersamaan dengan berlalunya hari-harinya, sehingga ketika bulan ini meninggalkan kami, Dikau telah membersihkan kami deri kesalahan, Dikau sudah melepaskan kami dari keburukan.
 
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya, jika kami di bulan ini menyimpang, luruskanlah; jika kami tergelincir, tegakkanlah; jika syaitan musuh kami mencengkeram, selamatkanlah kami.
 
Ya Allah, penuhi bulan ini dengan pengabdian kami kepadaMu, hiasi waktu-waktunya dengan ketaatan kami kepadaMu, bantulah kami pada waktu siangnya dengan puasa dan malamnya dengan solat khusyuk, tunduk dan merendah kepadaMu. Sehingga siangnya tidak menyaksikan kami dalam kelalaian, malamnya tidak melihat kami dalam kealpaan. Ya Allah, jadikan kami seperti ini juga di bulan-bulan lain, sepanjang Dikau hidupkan kami.
 
Jadikan kami di antara hamba-hambaMu yang soleh yang menwarisi Firdaus dan kekal di dalamnya (QS Al Mukminun:11), yang memberikan apa yang mereka berikan dalam keadaan gemetaran (mengetahui) bahwa mereka akan kembali kepada Tuhan, mereka termasuk orang-orang yang berlumba-lumba mendapat kebaikan dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya.
 
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya pada setiap waktu dan saat, pada segala keadaan, sebanyak selawat yang Dikau berikan kepadanya dan gandakan selawat itu dengan kelipatan yang hanya Dikau yang dapat menghitungnya. Sungguh Dikau melakukan apa yang Dikau kehendaki.”
.
*) Syaikh Rakhiuddin, Iqbal al-A’mal, Muassasah al-A’la Li al-Mathbu’at, Beirut, 1996, hal. 322.

Tuesday, July 17, 2012

Masihkah kau ingin bersamaku?

Suamiku, pasti aku ingin melahirkan anak dari benih mu..
pasti aku ingin berkorban dan merasai sakitnya melahirkan.. 
 Suamiku.. telah ku fikirkan nama-nama indah 
 Untuk Putera dan Puteri kita nanti.. 

 Suamiku, kini sudah sekian lama, 
 yang ditunggu tidak menjengah tiba, 
 kita tenggelam bersama harapan, melihat yang lain, 
sudah ada dipangkuan.. 

 Suamiku yang tercinta Disaat aku kesedihan, 
 sudikah engkau menemaniku? 
 Meratapi kegagalan diri yang tidak boleh berfungsi seperti yang lain, 
 Sanggupkah engkau bersamaku atau pergi mencari yang lain? 

 Suamiku, aku memarahi diri, aku menyesali diriku.. 
 Tetapi aku terlupa, ini kehedak yang Esa, 
 Kita tidak dapat menghalang, 
 adakah kau akan meninggalkan ku Dalam kesedihan ini? 

 Suamiku yang aku sayangi, 
kau mungkin boleh pergi 
Mencari kebahagiaan diatas alasan diri ku ini 
Kerana aku sedari siapa diriku 
 Bukanlah bidadari yang engkau harapkan.. 

 Suamiku, aku ikhlas menyintai mu 
Jika ini kehendak yang Esa dugaan datang bertamu 
 Aku redha dan pasrah apa yang tentu masihkah engkau ingin bersamaku?

Laju air mata ini bila baca puisi ni...sesungguhnya hebat dugaan ALLAH S.W.T namun aku yakin DIA menduga pada mereka yg mampu menghadapinya... yg pasti aku sentiasa berdoa dan pasrah dgn ketentuanNYA. mngkn mereka yg melaluinya shj yg benar2 faham akan apa yg dilalui. AKU adalah satu antara mereka...

Monday, July 16, 2012

Strawberry smoothie

This is my second attempt of making this drink. Actually it all started when my Hubby hurt his troat so he was craving for something cold. So all thanks to him I was given the oppurtunity to try making it. For those who wonder making it, just mix together 3 scoops of vanilla ice cream, 1 cup of stawberry yogurt and couples of fresh strawberries. Pour into your favourite glass and top it with whipping cream. Enjoy the hot day!

Friday, July 13, 2012

Cat Bite

Cat bites to humans are extremely infectious and should never be taken lightly. The most deadly type of bite from our feline friend is typically a puncture wound.

The initial bleeding from a puncture wound, though scary, can help wash away some of the bacteria transferred from the mouth during the initial bite. Even so, research provides that 80 percent of cat puncture bites to humans result in serious bacterial infections.
If you are bitten, do not panic. However, acting quickly and then seeking appropriate medical attention is an important factor in lessening your chances of developing serious complications or infection.
Below are steps that will help guide you in the event of a cat bite.
Thoroughly wash and bandage the bite:
It is very important to clean and flush the puncture wound with an antibacterial soap and warm water as quickly as possible. Deeply cleansing the bite for at least five minutes could lessen your chances of developing a serious infection. If you have Betadine solution or Peroxide on hand, use these to kill and eradicate germs.
If the wound is still bleeding heavily, apply firm pressure with a clean or sterile cloth until bleeding lessens.
Wrap with a clean bandage. Do NOT apply butterfly type strips. These types of strips will close the wound and trap unwanted bacteria. An antibiotic cream may be applied if one is available.
Seek medical care:
Call your physician as soon as possible or seek medical care from your local emergency department. Many cat bites can transfer Staff or the Pasteurella multocida bacteria. Because of the multitude of bacteria in a cats mouth, most puncture wounds will require a course of oral or intravenous antibiotics. Many bitten will need a tetanus shot as well. Your medical doctor will also discuss the circumstances involving your cat bite and decide if you will perhaps need Rabies shots.
Your local Animal Control should also be contacted after the incident. They will work with you to trap the animal if needed and keep it under a strict quarantine for a total of ten days to ensure it is not rabid.
After treatment:
Watch for any signs that might signal infection in your puncture bite. These may include swelling, redness, oozing or puss from the puncture wound. Also be aware if you start to run a fever or if you have an increase in your amount of pain or marked discomfort. Call your doctor right away if you notice any red streaks from your wound site or any indicators of infection.
According to the National Poison Control Hotline, incidents of Rabies acquired from a cat bite are rare. However, it is better to be safe now and not sorry later. 

I was very lucky to have friends that know and expert about first aid. Thanks to her, I was not that panic. This is the cat that bite me. Cute right?



Kayangan Steamboat

Semester baru akan bermula tak lama lagi, so my office mates, a.k.a Kayangan group nak buat potluck. Memang KPI Kayangan Group kena buat potluck every month, tapi this year KPI tak boleh capai 100% sebab baru berapa kali jer dapat buat. So this month nya tema, steamboat.

Kami collect seorang RM10, and buy all the things to eat. Senang skit. I volunteer tuk buat dip sauce Johhny's style. Hehe.. tak sama sangat tapi yang penting rasa and bau dah similar pun dah cukup. Can't wait for upcoming potluck. Nak buat tema apa lak ye?



  

Wii




Have you heard of Wii game? Kaki game mesti tahu tentang Wii ni. Wii is like PS just that ia menggunakan motion instead of pressing the joystick. Tapi kalau tak silap PS yang latest sekrang pun dah guna motion sensor.

So actually, dah lama dah beli Wii ni, raya tahun lepas. Memang best sebab dia more to gamily game. So it's good to have it at home, having fun with my family. Selain daripada main game, Wii ni pun boleh bersenam juga. Game yang boleh membuat anda berpeluh adalah seperti main tennis, boxing, golf an many other sports.

I promise myself to try to reduce some weight, so I bought this gym routine workout.  I personally have trainer coming to my house instead of going outside. Tapi nak kena beli Wii nya balance board so that I could weight in and keep my record in Wii system so that my personal trainer boleh calculate nilai kalori yang dah bakar.

So this is some pictures of what I've accomplished this past few weeks.

Dance workout: banyak latin dance..

My personal trainer, Monica

1st day: skit jer.. nilai kalori yang bakar sama dengan mkn dark chocolate

2nd day: ada peningkatan.. kalau tgk kat gambar jam tu.. that indicate duration routine time

Apple juice jer hari ni..

Hmm baru bakar air Coke 1 cawan

Clam chowder ni kalau ikut Mr Translate sup krim kerang


Mr Hubby suka makan ceasar salad

Dah bakar 212.8 kalori tapi baru bakar biskut.. Hmm sabar sabar..


Thursday, July 12, 2012

March




Every weekend for this month, my family and in laws family akan berulang alik ke Kuala Selangor untuk menziarah Maklong yang tengah sakit tenat dan pada10 March, Maklong telah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

Hari-hari terakhir arwah adalah amat sedih sekali. Semoga kejadian yang telah menimpa arwah menjadi pengajaran dan keinsafan kepada kami sekeluarga. 


Wednesday, July 11, 2012

Satay Hut

Bukan typo error ye.. memang entry saya hari ini Satay Hut. Dah lama sebenarnya teringin nak makan disini tapi parking dia limited sahaja that's why sentiasa penuh.

Lokasi Satay Hut ni di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Selain satay, ada juga makanan-makanan lain. So, without a due, let us feast our eyes. 


ABC special



Bubur Ayam

Nasi goreng Paprik Sotong

Ruang pembayaran

Kolam air terjun. Terdapat juga kemudahan surau disini.















Mana menghilang?!?

Lama betul tak update entries. Dah berbulan kan. Due to my busy work sebab student nak final exam bulan 5 lepas and study sebab mengajar subjek baru, tak sempat pun nak update things that had happen around me.

Hubby pun sudah tegur, so I promise to try to update something once a week at least.

Smile