Nuffnang Ads
Tuesday, July 24, 2012
Air Mata Mama
Semalam buat ke-sekian kalinya, air mata ini mengalir melihat anakku menjaga mamanya yang tidak sihat. Actually seharian semalam kepala ni sakit berdenyut dengan kuatnya. Mungkin sebab temankan student projek membuat final projek di workshop yang panastu.
So lagi 5 minit nak berbuka, ku gagah juga bertahan melayan anakku setting plate nak berbuka. Selepas berbuka memang aku tak dapat tahan lagi dan terus bergegas ke dapur sebab nak muntah. Anakku dengan perlahan urut belakangku dan tenangkan mamanya. Kemudian dia ambil air untuk aku minum. Aku kembali ke living room untuk baring. Aku pesan "mama nak baring kejap. kalau perlu apa2 nanti kejut mama".
Sambil temankan aku disebelah dia main legonya. Ku cuba memuji dia bina menara tinggi dan keretapi tinggi. Dia cakap, "mama tidur la", sambil tepuk2 aku. Memang kesian sangat tengok dia. Gugur lagi airmata ini. Hmm, mana suamiku? Kami tidak tinggal sekali sebab faktor tempat kerja yang berlainan negeri. So, kami ni weekend husband and wife. Maka, fahamlah macam mana situasiku menjaga anak. Kadang2 balik kerja kita penat. Anak ajak main bersama. Sometimes, sampai minta permission dulu ngan anak mama nak rehat 5 minit. Itu takpelah, lepas rehat and mandi, badan pun sudah cergas semula, boleh la layan anak. Tapi ni tengah sakit.
Alhamdulillah ku bersyukur kepada Allah kerana telah kurniakan anak yang dapat memahami diriku yang serba kelemahan ini. Pernah juga aku dengar beberapa orang bercerita, Allah akan kurniakan anak perempuan apabila ibunya akan menghadapi kesusahan dikemudian hari. Ini semua ketentuanNya. Allah maha mengetahui segala-galanya.
Sekali lagi air mata ini gugur kerana memikirkan permintaan anakku untuk mempunyai adik. Memang ketara sangat keinginannya memiliki adik sendiri. Tak mampu ku menjawap segala pertanyaannya. Diam sahaja yang ku mampu. Alah telah mengatur segala kehidupanku. Ku pasrah dan akan berusaha apa yang termampu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment