Madina mempunyai kedudukan yang tak terhingga. Dalam Aisyah r.a bahawanya Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
"Ya Allah, berilah kami kecintaan kepada Madina seperti kami mencintai Mekah atau lebih lagi." (Bukhari 1889 dan Muslim 1376)
Bukti Allah mengabulkan doa Rasulullah SAW ialah bagaimana kita lihat sehingga kini, kota Madina dicintai oleh setiap hati orang Muslim. Tanyalah pada sesiapa yang sudah sampai, pasti jawapannya adalah Madina. Begitu juga dengan diriku, Madina sangat menenangkan. Setiap kali melihat gambar, pasti rindu datang dengan air mata. Ya Allah, semoga Umrah kali ini bukanlah yang terakhir. Semoga kami diberi kesempatan lagi untuk melangkah ke tanah suci Mu.
21 Februari 2014
Hari terakhir di kota Madina, sangat terasa sayu. Ketika membaca doa untuk Rasulullah ketika Ziarah Wida', sangat-sangat tersentuh kerana aku sendiri pun tak tahu bila lagi dapat menziarahi Rasulullah. Perasaan berat dan sayang untuk tinggalkan kota ini, namun apakan daya urusan umrah dilaksanakan di kota Mekah.
Subuh disini memang meriah. Ada yang sudah berada di masjid seawal 3 pagi untuk solat di dalam masjid.
Disinilah Rasulullah SAW disemadikan, dibawah kubah hijau.
Since kaum hawa ada masa tertentu untuk masuk ke Raudah, maka disini la tempat yang paling dekat untuk kami membaca doa untuk Baginda.
Semoga dapat melangkah kaki kesini lagi.
Selepas solat Jumaat, kami dengan berpakaian ihram, akan bertolak ke kota Mekah. Maka, bermulalah tujuan asal kami ke sini, untuk melaksanakan ibadah umrah.
Pada jam 3 petang, kami bertolak ke Mekah.
Ketika ini azan Asar sedang berkumandang. Kelihatan pekerja dan customer solat berjemaah. Pandangan yang hanya disini sahaja yang dapat kunikmati. Even Malaysia sendiri pun hanya beberapa premise sahaja mampu untuk buat, itu pun berhenti seketika untuk menghormati azan. Itu pun dah cukup baik dari yang tidak buat langsung.
Sebelum gerak terus ke Mekah, kami berhenti di Miqat Bir Ali. Kalau dari Madina, disini kita kena mula niat umrah sebab selepas ini kita akan masuk ke tanah haram.
Tempat wuduk yang selesa dan bersih. Seharusnya kebersihan diutamakan disini sebab kain ihram kita perlulah dalam keadaan bersih ketika melaksanakan umrah.
Selapas niat umrah dibaca, maka 13 perkara pantang harusla dituruti.
Perjalanan memakan masa sehingga 9 jam, bergantung kepada speed bas.
Makin jauh meninggal bumi Madina. Semoga ketemu lagi.
Berhenti seketika untuk makan dan solat Jamak Maghrib dan Isyak. Macam biasa, toilet sangat tidak selesa disini. Ketika ini, air tak ada, so sedikit susah untuk wudhu dan ke tandas.
Sangat kelakar restaurant ni, kosong ajer.
Pak arab yang insist tuk ambil gambar dia.
Kami pun, macam biasa, kebab jer la makanan harian.