Nuffnang Ads

Monday, April 7, 2014

7000 Km Journey: Bahagian 3

20 Februari 2014
Hari ketiga, kami ada ziarah luar. Antara tempat yang kami ziarah ialah Masjid Quba, Bukit Uhud, kilang Kurma dan kilang mencetak Al-Quran.

Masjid Quba merupakan masjid yang tertua di dunia. Batu pertamanya telah diletak oleh Nabi Muhammad SAW selepas penghijrahan beliau dari kota Mekah ke kota Madina. Baginda SAW telah menghabiskan masa beliau selama lebih dari 20 malam untuk berdoa Qasr sambil menunggu Ali yang rumahnya di belakang masjid ini. 

Dengan berjalan kaki atau menunggang kuda, Rasulullah SAW telah pergi ke Masjid Quba untuk melaksanakan solat dua rakaat setiap Sabtu. Beliau menasihati orang lain untuk berbuat serupa dan berkata, "Sesiapa yang mengambil wudhu di rumah dan kemudian pergi dan berdoa di Masjid Quba, beliau akan memperoleh ganjaran pahala 1 Umrah."

Teramat sesak dengan para jemaah yang mahu masuk dan keluar dari masjid. Dinasihatkan untuk banyak-banyak besabar di sini kerana ramai jemaah yang tidak mahu sabar dan akan ada sesi tolak menolak semata-mata untuk kesenangan diri. 

 Pandangan dalam Masjid Quba





Perjalanan seterusnya. 



 Destinasi kedua ialah Bukit Uhud. Sejarah yang berlaku di Bukit Uhud adalah Pertempuran Uhud dimana pertempuran ini adalah perpecahan antara dua kaum iaitu kaum muslimin dan kaum kafir Quraisy. Pertempuran ini terdiri daripada 700 tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah sendiri, manakala tentera kafir terdiri dari 3000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan.

Di belakang, kelihatan ramai yang naik ke Bukit Uhud. Terdapat juga peniaga yang menjual aneka herba dan kurma.


Seterusnya, kami ke kilang kurma. Ye, pokok kurma sama rupa dengan pokok kelapa sawit. 

Ada macam-macam jenis kurma boleh didapati disini. Tetapi ramai kata mahal, so baik beli kat kedai biasa jer.


Ziarah yang terakhir ialah ke kilang mencetak Al-Quran. Hanya kaum lelaki yang berwuduk sahaja yang boleh masuk ke kilang ini. Kaum Hawa, sila shopping diluar. Barangan dagangan juga sama seperti di Bukit Uhud. Ada buah zuriat, genggam fatimah, herba untuk buat air selusuh, habbatussauda, lemak unta dan macam-macam lagi.



Kaum Adam sedang beratur untuk masuk ke dalam kilang. Masing-masing diberi senaskah Al-Quran sebagai cenderahati.


Macam biasa selepas solat Isyak, SAAK akan mencuba nasib untuk solat di Raudah. Alhamdulillah, berkat doa yang tidak putus-putus, Allah memudahkan urusnya.


Perasaan yang gembira dikongsi bersama kami sekeluarga. Walaupun aku hanya dapat masuk sedikit dan sekejap sahaja, tapi tetap seronok. Dikatakan untuk kita tahu samada sudah sampai Raudah ke belum adalah dengan melihat warna karpet. Karpet hijau menandakan anda sudah sampai Taman Syurga.

No comments:

Post a Comment