Nuffnang Ads

Monday, April 7, 2014

7000 Km Journey: Bahagian 1

Alhamdulillah, pada 17 Februari 2014 yang lalu, kami sekeluarga bersama ibu mertua telah berangkat ke Tanah Suci untuk melaksanakan Umrah. Ini merupakan Umrah pertama untuk kami sekeluarga tetapi yang ke-3 untuk ibu mertua. Sedikit sebanyak ada juga la orang nak guide kami disana. 

Sehingga kini, perasaan seronok menunaikan Umrah masih terasa. Ingin saya kongsi dan abadikan pengalaman kami untuk tatapan masa hadapan. Semoga sedikit sebanyak kenangan kami dapat memberi inspirasi dan info kepada pembaca semua.

17 Februari 2014
Sekitar 9 pagi, kami telah berkumpul di LCCT untuk urusan penerbangan. Bersama kami, seramai 100 lebih jemaah lain dalam trip ini. Maka kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan dikendalikan oleh 3 mutawif.

Kenangan bersama sebelum berangkat.


Jemaah yang bersama-sama kami.

Menulis tagging untuk bag yang disediakan oleh pihak Tiram Travel.


Mutawif kami, Imam Din.

Jam 12 tengah hari, kami mula boarding. 


Ini merupakan penerbangan yang paling lama kepada kami. Selalu naik flight sejam dua jam jer. So apa nak buat ye selama 9 jam? Airasia tidak sediakan movie atau game so apa lagi, layan karenah sQ, sembang sekejap, tidur dan makan yang dihidang 2 kali. 

Hasil kreativiti SAAK diserikan oleh color pencil sQ.

Perasaan bosan dalam flight selama 9 jam terus hilang sebaik sahaja melihat kota Jeddah. Ya Allah, seperti tidak percaya kami telah sampai ke tanah Arab. 

Susah nak cari pokok disini. 


Selamat mendarat di King Abdulaziz International Ariport, Jeddah. Waktu tempatan ketika ini 5 petang. Beza waktu, sini lewat 5 jam dari Malaysia. 


Selepas landing, kena naik shuttle bus ke terminal.

Ada incident dalam flight, salah sorang jemaah dari Al-Fajr sesah nafas. So once landing, pihak medic datang untuk memberi rawatan selanjutnya. Mujur masa penerbangan tadi, ada doctor on board. So lega skit la semua Awan Dania and Danial.

Dalam shuttle, sQ ditegur oleh jemaah lain. 


Perasaan di dalam airport ini adalah sama seperti di LCCT, tapi rasanya LCCT lagi proper.





Barisan bus yang menunggu ketibaan jemaah dari serata dunia. Namun tiada bus kami, so urusan menunggu yang lebih memenatkan. Sabar.


Kesian sQ, sudah mula rasa penat dan mengantuk. Bus datang menjemput kami jam 8.30 malam. Kami bertolak ke Madina jam 9 malam.
 
Tidur jer sepanjang perjalanan, kami berhenti di salah sebuah RnR. Seperti yang dibaca dalam blog-blog yang lain, jangan membayang RnR mereka seindah dan bersih macam di Malaysia. toilet yang tidak bersih dan kafe yang sederhana sahaja.

Makan malam kami yang disediakan oleh Tiram Travel.



Rupa dalam kafe. Simple jer kan.


Perjalan dari Jeddah ke Madina memakan masa sehingga 6 jam. So tired, namun ganjaran dihujung sangat-sangat berbaloi. Bersambung ke Bahagian 2. 

No comments:

Post a Comment