18 Februari 2014
Kami tiba di Kota Rasulullah SAW pada pukul 1.30 pagi. Ya Allah, terharu dan tidak terucap pada pertama kalinya menatap Masjid Nabawi.Walaupun hanya melihat payung, tetapi perasaan syukur kerana diberi kesempatan ini untuk aku melihat dengan mata sendiri. No more scrolling dalam internet.
Pandangan dari hotel penginapan kami.
Mawaddah Safwa, tempat kami berteduh untuk 5 hari di Kota Madina. Hanya 100 meter ke Masjid Nabawi.
Cuaca pada ketika ini sejuk dingin. Malam suhu sekitar 17 darjah Celcius, manakala siang adalah sekitar 20 darjah Celcius.
Posing sambil tunggu kunci bilik.
Antara kedai yang selalu pergi shopping.
Pagi yang indah. Selepas breakfast kami melawat sekitar Masjid Nabawi.
Kalau perasan, jemaah tengah menjemur diri di tempat panas kerana cuaca yang dingin. Sangat nyaman.
Sangat amazed dengan payung ni. Kewujudan payung ini sangat berguna kerana memberi lindungan dari matahari apabila jemaah perempuan solat di luar. Kami hanya mampu solat di dalam masjid 2 kali sahaja kerana bilangan jemaah yang makin ramai.
Menurut SAAK, ini pintu masuk untuk imam.
Raudah ataupun Taman Syurga yang disebut oleh Baginda Rasulullah SAW terletak di antara mimbar dan makam (rumah) Rasulullah. Jarak rumah Nabi dan masjid hanyalah bersebelahan dan diantara ruang itulah digelar Raudah. Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa.
Maka dengan itu, berpusu-pusu orang yang sanggup berebut dan menolak semata-mata untuk bersolat dan berdoa. Bagiku, ini sudah dikira salah kerana untuk kepuasan diri, kita telah menganiaya orang lain.
Disinilah makam Rasulullah SAW beserta dengan 2 orang sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Khalifah Umar Al-Khattab r.a
Pintu keluar dari Raudah. Sebagai panduan, Makam Rasulullah SAW ditempatkan di bawah kubah berwarna hijau di dalam kawasan Raudah.
Disekitar Masjid Nabawi, kelihatan banyak peniaga dengan bermacam-macam produk untuk dijual.
Antara barang yang aku beli disini ialah celak yang dikirim oleh kawan office. Seperti yang disebut, penduduk Madina sangat baik dan ramah. sQ sentiasa diusik oleh penduduk Madina.
Makan, sudah tentu la tiada masalah. Makan rutin kami adalah kebab. Memang terbaik!
SAAK sapai kena tutup muka sebab cuaca yang dingin. My suggestion, kena bawa moisturizer sebab kulit memang akan kering .
Nasib baik sQ bawa glove.
Pandangan Masjid Nabawi pada waktu malam. Memang sangat indah. Payung ini akan dibuka pada waktu Suboh dan akan di tutup selepas solat Asar.
No comments:
Post a Comment