Nuffnang Ads

Tuesday, November 27, 2012

Potato Wedges

Assalamualaikum frenz.. 


Semalam selepas balik dari office tak berpeluang tuk membeli or cari anything to eat for dinner sebab hujan lebat. So since ada kentang lagi, serbuk chezzy pun ada lagi so buat sendiri la potato wedges cicah bersama chezzy sos and mayonnaise. 

Just a simple resepi, within half an hour dah boleh makan.

Potato Wedges
By: shahrose

Bahan-bahan:
6 biji ubi kentang - potong wedges
1 ¼ cawan tepong serbaguna
½ sudu kecil paprika
½ sudu kecil black pepper powder
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:
1. Basuh kentang dahulu, potong bentuk wedges (lonjong) then rebus separuh masak.
2. Toskan kentang.
3. Bancuh tepung bersama serbuk paprika, black pepper powder, garam dan air.
4. Make sure bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.
5. Gaulkan kentang dengan bancuhan tepung.
6. Goreng sehingga warna keemasan.
7. Boleh dihidang bersama jalapeno sauce dan mayonnaise.


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment