Nuffnang Ads

Tuesday, April 2, 2013

CARA MENGENDALIKAN SUSU EBM


Nowadays, ramai ibu-ibu yang bekerja. Namun tanggungjawab sebagai ibu untuk sedaya upaya memberi susu badan kepada baby masing-masing tidak dilupakan. Walaupun anakku dah besar, tapi besar harapan saya untuk memberi exclusive full breastfeeding kepada anakku sekiranya diberi rezeki lagi.

So kepada new moms (dads pun kena tahu juga), boleh la belajar tips cara mengendalikan susu EBM.

Susu ibu adalah makanan paling berkhasiat untuk anak. Malah bayi di bawah 6 bulan boleh mendapat khasiat secukupnya hanya dengan susu ibu sahaja. Tetapi ibu mestilah tahu cara mengendalikan susu EBM dengan betul agar khasiat susu terpelihara. Ya la, kalau susu dah rosak khasiatnya alamat anak minum pun susu yang tiada khasiat la kan.. Semoga info di bawah membantu para ibu..


Memanaskan Susu EBM
Pastikan tangan sentiasa dibasuh bersih sebelum kendalikan EBM.
Hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan utk 1 penyusuan sahaja. Kocak EBM dgn perlahan untuk pastikan EBM bercampur semula. Jika dikocak terlalu kuat khasiat di dalam susu akan mati.
Rendam dalam air suam & bukan air panas. Suhu panas akan musnahkan khasiat penting susu. Titis ke pergelangan tangan untuk uji kepanasan susu sebelum diberi kepada bayi.
EBM (Thaw) dipanaskan dibuang selepas 1 jam manakala EBM (Fresh) dipanaskan dibuang selepas 2 jam.
EBM tidak boleh dibekukan & dipanaskan lebih dari sekali.
Mencairkan Susu EBM

EBM beku boleh dicairkan segera dengan memegangnya dibawah pili air mengalir. (thaw under running water).
Rendam EBM beku dalam air dan simpan dalam peti ais untuk mengelakkan suhunya berubah dengan drastik.
EBM tidak boleh dibiarkan cair pada suhu bilik.

Lebihan EBM yang dicairkan & disimpan dalam peti ais perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam
Menyimpan Susu EBM

EBM simpan didalam chiller atau bekas yg tertutup.
Jangan simpan ditempat yang terdedah seperti di pintu peti ais untuk mengelakkan suhunya dari kerap berubah apabila pintu sering dibuka.

EBM yang belum digunakan tahan :
2 Jam – Suhu Bilik.
4 Jam – Suhu berhawa Dingin.
3 Hari – Peti Ais.
3 Bulan – Peti Ais Beku 2 Pintu

Semoga sedikit sebanyak dapat beri panduan untuk ibu-ibu ya.

No comments:

Post a Comment